Pada 7hb. Januari 2015, mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 3 Beseri telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, SK Beseri, Perlis. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 9 orang ahli jawatan kuasa dengan dipengerusi oleh En. Musra bin Mat saman selaku Pengerusi.
Antara lain, Pengerusi memperjelaskan mengenai latar belakang penubuhan, peranan dan fungsi JPP. Setiap ahli jawatankuasa juga telah diberikan bidang tugas tertentu melalui beberapa biro berasaskan kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.