Laman Maklumat Penduduk Zon 3 Beseri. Blog sedang dalam proses pembangunan, harap maaf atas sebarang masalah

Carian

Powered by Blogger.

Monday, 19 December 2016

Kunjungan Hormat Pengerusi JPP ZON 3 MPK PERLIS ke Pusat Internet 1 Malaysia Beseri, Perlis

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer. 

PI1M ini terletak di Taman Beseri Permai, Beseri, Perlis iaitu dalam kawaan JPP Zon 3 MPK Perlis. Laman web pusat ini boleh dilayari melalui https://www.celcom1cbc.com/beseri . Semua AJK dan penduduk kawasan JPP Zon 3 disarankan mendaftar sebagai ahli PI1M dengan bayaran pendaftaran RM 5.00 sahaja.

Thursday, 1 December 2016

JPP ZON3 MPK PERLIS TURUT SERTA LAWATAN JPP PERLIS KE NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Program ini merupakan lawatan JPP negeri Perlis ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Sesi lawatan dan perkongsian ilmu ini berlangsung 3 hari mulai 23 November 2016 hingga 25 November 2016.

JPP Zon 3 turut menghantar wakil untuk bersama rakan-rakan JPP lain bagi mewakili negeri Perlis. Antara pengisian sepanjang lawatan tersebut adalah kunjungan hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Melaka,Lawatan ke Taman Teknologi Hijau dan Lawatan ke JPP di bawah pentadbiran PBT Majlis Daerah Jasin, Melaka.

Selain itu di sebelah malamnya pula, para peserta juga mengikuti Bengkel Pemantapan Perancangan Strategik JPP Perlis bagi Penggal Kedua 2016-2018.

Terima kasih sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat sama ada penganjur, peserta jua negeri Melaka yang sudi menerima kami.

Baik bergalas mahupun tidak
Buli-buli bertali benang
Baik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang