Laman Maklumat Penduduk Zon 3 Beseri. Blog sedang dalam proses pembangunan, harap maaf atas sebarang masalah
Monday, 20 February 2017
Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Puteri DUN Beseri bersama YB Datuk Mat Rawi bin Kasssim, ADUN Beseri.
Perjumpaan ini diadakan pada 25 Januari 2017 pada jam 9.30 malam. Perjumpaan ini merupakan sesi bersemuka bersama Yang Berhormat Datuk Mat Rawi bin Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Perlis. Cik Azima selaku Setiausaha JPP Zon 3 Beseri juga telah turut hadir.
Sumbangan Tahun Baru Cina DUN Beseri disempurnakan oleh YB Datuk Mat Rawi bin Kassim, ADUN Beseri
Majlis ini diadakan pada 24 Januari 2017 pada jam 2.30 - 4.30 petang. Majlis sumbangan sempena Tahun Baru Cina DUN Beseri ini disempurnakan oleh YB Datuk Mat Rawi bin Kassim, ADUN Beseri, Perlis.
Majlis ini dihadiri oleh Cik Azimah selaku Setiausaha JPP Zon 3 Beseri, Perlis
Friday, 10 February 2017
Kursus Pengurusan Jenazah
Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Surau Taman Beseri Paya pada 22 Januari 2017. Kursus ini turut dihadiri bersama oleh Encik Nazim Yahya selaku AJK JPP Zon 3.
Majlis ilmu bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis di Masjid Al-Hakim, Beseri
Majlis ilmu bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis di Masjid Al-Hakim, Beseri ini berlangsung pada 23 Januari 2017. Majlis ini dihadiri oleh komuniti setempat, Tuan Imam dan turut serta adalah Encik Musra bin Mat Saman, Pengerusi JPP Zon 3
Lawatan MPK, JKR, JPS dan Unit Perancang Bandar ke Taman Emas, Beseri
Lawatan pada 18 Januari 2017 ini dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Unit Perancang Bandar ke Taman Emas bagi membuat tinjauan serta penerangan mengenai perkara berbangkit yang dilaporkan penduduk Taman Emas. Wakil daripada JPP Zon 3 Beseri yang turut serta adalah Encik Amizi bin Ahmad
Thursday, 9 February 2017
Taklimat Penyediaan Minit Mesyuarat, Tuntutan Elaun Mesyuarat dan Kehadiran Mesyuarat JPP
Taklimat ini telah diadakan di Dewan RPA Arau, Perlis. Ia merupakan taklimat berkaitan penyediaan minit esyuarat, tuntutan elaun mesyuarat dan kehadiran mesyuarat JPP.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pengerusi dan Setiausaha JPP termasuk JPP Zon 3 Beseri.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pengerusi dan Setiausaha JPP termasuk JPP Zon 3 Beseri.
Subscribe to:
Posts (Atom)