Laman Maklumat Penduduk Zon 3 Beseri. Blog sedang dalam proses pembangunan, harap maaf atas sebarang masalah

Carian

Powered by Blogger.

Monday, 19 December 2016

Kunjungan Hormat Pengerusi JPP ZON 3 MPK PERLIS ke Pusat Internet 1 Malaysia Beseri, Perlis

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer. 

PI1M ini terletak di Taman Beseri Permai, Beseri, Perlis iaitu dalam kawaan JPP Zon 3 MPK Perlis. Laman web pusat ini boleh dilayari melalui https://www.celcom1cbc.com/beseri . Semua AJK dan penduduk kawasan JPP Zon 3 disarankan mendaftar sebagai ahli PI1M dengan bayaran pendaftaran RM 5.00 sahaja.

Thursday, 1 December 2016

JPP ZON3 MPK PERLIS TURUT SERTA LAWATAN JPP PERLIS KE NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Program ini merupakan lawatan JPP negeri Perlis ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Sesi lawatan dan perkongsian ilmu ini berlangsung 3 hari mulai 23 November 2016 hingga 25 November 2016.

JPP Zon 3 turut menghantar wakil untuk bersama rakan-rakan JPP lain bagi mewakili negeri Perlis. Antara pengisian sepanjang lawatan tersebut adalah kunjungan hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Melaka,Lawatan ke Taman Teknologi Hijau dan Lawatan ke JPP di bawah pentadbiran PBT Majlis Daerah Jasin, Melaka.

Selain itu di sebelah malamnya pula, para peserta juga mengikuti Bengkel Pemantapan Perancangan Strategik JPP Perlis bagi Penggal Kedua 2016-2018.

Terima kasih sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat sama ada penganjur, peserta jua negeri Melaka yang sudi menerima kami.

Baik bergalas mahupun tidak
Buli-buli bertali benang
Baik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang


Monday, 21 November 2016

GOTONG ROYONG GANYANG AEDES



Program Gotong Royong Perdana Bersama Membanteras Denggi dan Zika ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama JPP Zon 3 dan DUN Beseri. YB Datuk Mat Rawi Kasim, Ahli Dewan Undangan Beseri turut sama hadir melancarkan program berkenaan pada 20 November 2016. 

Program ini bermula dari Tapak Nat Beseri, Perlis. Fokus utama selain tapak Nat berkenaan adalah Taman Chelong. Sambutan baik daripada masyarakat setempat menunjukkan keprihatinan masing-masing untuk bersama-sama menjaga kebersihand an seterusnya menghapuskan wabak denggi.

TAKLIMAT C.D.E.R.T



Taklimat Program Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) ini telah diberikan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kepada pemimpin asyarakat dalam kawasan Beseri. Program ini merupakan anjuran bersama JPP Zon 3 Beseri dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).


Saturday, 5 November 2016

PROGRAM JOM GANYANG AEDES DI TAMAN CHELONG


Program 'Jom Ganyang Aedes' anjuran bersama JPP Zon 3, MPK Perlis bersama JKKK Kg. Darat dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah berjaya dilaksanakan pada 05.11.2016.

Terima kasih di atas kerjasama dan kehadiran semua pihak dalam menjayakan program ini.


Wednesday, 2 November 2016

MAJLIS SANTAI MAKAN MALAM JPP BERSAMA SUB, BAHAGIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Pada 30 Oktober 2016, satu majlis makan malam bersama Dato' Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Bandar, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan di Bilik Seminar, Dewan Warisan, Kangar, Perlis.




SUKANEKA PERPADUAN - ANJURAN JKKP ZON 3, JKKK DAN KRT TAMAN BESERI INDAH


Tuesday, 1 November 2016

JOM GANYANG AEDES


JOM KACAU BUBUR ASYURA




Taman Beseri Indah dbersama JPP Zon 3 Beseri telah berjaya melaksanakan program mengacau Bubur Asyura. Program ini telah berjaya menarik sebahagian warga taman ini untuk bersama-sama berganding bahu menjayakannya.

Terima kasih semua.

Wednesday, 19 October 2016

SESI TOWNHALL PELAN INDUK KESEJAHTERAAN RAKYAT BANDAR : ASPIRASI TSNO

Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat Bandar telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pelancaran pelan induk ini telah disempurnakan pada 6 Oktober 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putraja (PICC).

Majlis turut dihadiri kira-kira 2,000 peserta termasuk wakil Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dari seluruh negara. En. Musra b. Mat Saman, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 3, Beseri telah turut sama menghadiri majlis berkenaan.

Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat Bandar (PIKRB) bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di bandar. Tan Sri Noh Omar berkata pelan yang mengandungi 10 teras utama itu akan dijadikan panduan dalam perancangan dan pelaksanaan semua pihak terlibat dengan pembangunan dan perkhidmatan bandar di peringkat nasional dan tempatan.

Teras utama PIKRB adalah ekonomi, pembinaan insan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesihatan, keselamatan, kemudahan asas, kemasyarakatan dan alam sekitar.

 


Saturday, 1 October 2016

ANAK WATAN ZON BESERI DI MATA DUNIA



Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH keada wira kita yang menggondol pingat Emas di Sukan Paralimpik di Rio, Brazil baru-baru.

Warga Beseri khasnya amat berbangga dengan kejayaan 2 orang anak jati Perlis iaitu Mohd. Ridzuan dan Abdul Latif Romli. Kejayaan Abdul Latif bin Romli dari Kg. Paya Kelubi, Bukit Keteri khasnya disambut penuh kemeriahan. Kenduri kesyukuran bagi meraikan kejayaan beliau telah diadakan di Kg. Paya Kelubi oleh Pejabat Menteri Besar Perlis dan ADUN Beseri, Datuk Mat Rawi bin Kassim.

CEGAH DENGGI DAN ZIKA

Info JKN Perlis.
6 September 2016

Nyamuk Aedes bertanggungjawab menyebarkan virus DENGGI dan virus ZIKA.

Bersama-samalah kita memastikan persekitaran kita BEBAS AEDES.

1. Kes Denggi terkini:
i). Km 2/6 Jln Abi Tok Hashim Behor Empiang, Mukim Kechor
ii). Jalan Pdg Kota Bintong Perlis, Mukim Wang Ulu
iii). Jalan Sekolah Tunjong Beseri, Mukim Beseri

2. Tiada lokaliti wabak aktif semasa.

3. Tujuh kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.   Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i). Taman Bukit Kayangan, Mukim Kechor
ii). Felda Mata Ayer, Mukim Titi Tinggi
iii). Taman Merpati, Mukim Sena
iv). Batu 2, Jalan Kaki Bukit, Mukim Sena
v). Kampung Kuala Sungai Padang, Mukim Sanglang
vi). RPA Arau, Mukim Arau
vii). Kampung Gunung Medan, Mukim Utan Aji

Mohon gerakkan penduduk untuk gotong royong membasmi nyamuk AEDES.

• Sekiranya ANDA DEMAM, DAPATKAN RAWATAN SEGERA DIKLINIK ATAU HOSPITAL bagi mengelakkan anda mendapat komplikasi demam denggi.

• Rawatan awal juga dapat mengelakkan keluarga dan jiran anda dari menjadi mangsa demam denggi yang seterusnya.

• Periksa, bersihkan atau musnahkan bekas air bertakung yang menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes dirumah anda seperti kolah mandi, baldi/timba, pelapik pasu bunga, tayar terpakai, bekas bekas terpakai seperti polisterin, bekas minuman plastik dan tin-tin.

• Pastikan anda memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air anda sekiranya anda perlu menyimpan air untuk kegunaan harian .

• Gunakan aerosol pembunuh nyamuk (contoh: ridsect, sheltox dan lain-lain) di dalam rumah anda terutama jika anda berada di kawasan kes demam denggi pada setiap hari diantara 6.00 pagi dan 8.00 pagi serta diantara  6.00 petang dan 8.00 malam.

Hapus AEDES,  Cegah DENGGI dan ZIKA!!
Bertindaklah Sekarang!!