Info JKN Perlis.
6 September 2016
Nyamuk Aedes bertanggungjawab menyebarkan virus DENGGI dan virus ZIKA.
Bersama-samalah kita memastikan persekitaran kita BEBAS AEDES.
1. Kes Denggi terkini:
i). Km 2/6 Jln Abi Tok Hashim Behor Empiang, Mukim Kechor
ii). Jalan Pdg Kota Bintong Perlis, Mukim Wang Ulu
iii). Jalan Sekolah Tunjong Beseri, Mukim Beseri
2. Tiada lokaliti wabak aktif semasa.
3. Tujuh kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi. Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:
i). Taman Bukit Kayangan, Mukim Kechor
ii). Felda Mata Ayer, Mukim Titi Tinggi
iii). Taman Merpati, Mukim Sena
iv). Batu 2, Jalan Kaki Bukit, Mukim Sena
v). Kampung Kuala Sungai Padang, Mukim Sanglang
vi). RPA Arau, Mukim Arau
vii). Kampung Gunung Medan, Mukim Utan Aji
Mohon gerakkan penduduk untuk gotong royong membasmi nyamuk AEDES.
• Sekiranya ANDA DEMAM, DAPATKAN RAWATAN SEGERA DIKLINIK ATAU HOSPITAL bagi mengelakkan anda mendapat komplikasi demam denggi.
• Rawatan awal juga dapat mengelakkan keluarga dan jiran anda dari menjadi mangsa demam denggi yang seterusnya.
• Periksa, bersihkan atau musnahkan bekas air bertakung yang menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes dirumah anda seperti kolah mandi, baldi/timba, pelapik pasu bunga, tayar terpakai, bekas bekas terpakai seperti polisterin, bekas minuman plastik dan tin-tin.
• Pastikan anda memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air anda sekiranya anda perlu menyimpan air untuk kegunaan harian .
• Gunakan aerosol pembunuh nyamuk (contoh: ridsect, sheltox dan lain-lain) di dalam rumah anda terutama jika anda berada di kawasan kes demam denggi pada setiap hari diantara 6.00 pagi dan 8.00 pagi serta diantara 6.00 petang dan 8.00 malam.
Hapus AEDES, Cegah DENGGI dan ZIKA!!
Bertindaklah Sekarang!!
Laman Maklumat Penduduk Zon 3 Beseri. Blog sedang dalam proses pembangunan, harap maaf atas sebarang masalah
No comments:
Post a Comment