Laman Maklumat Penduduk Zon 3 Beseri. Blog sedang dalam proses pembangunan, harap maaf atas sebarang masalah

Carian

Powered by Blogger.

Wednesday, 19 October 2016

SESI TOWNHALL PELAN INDUK KESEJAHTERAAN RAKYAT BANDAR : ASPIRASI TSNO

Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat Bandar telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pelancaran pelan induk ini telah disempurnakan pada 6 Oktober 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putraja (PICC).

Majlis turut dihadiri kira-kira 2,000 peserta termasuk wakil Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dari seluruh negara. En. Musra b. Mat Saman, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 3, Beseri telah turut sama menghadiri majlis berkenaan.

Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat Bandar (PIKRB) bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di bandar. Tan Sri Noh Omar berkata pelan yang mengandungi 10 teras utama itu akan dijadikan panduan dalam perancangan dan pelaksanaan semua pihak terlibat dengan pembangunan dan perkhidmatan bandar di peringkat nasional dan tempatan.

Teras utama PIKRB adalah ekonomi, pembinaan insan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesihatan, keselamatan, kemudahan asas, kemasyarakatan dan alam sekitar.

 


Saturday, 1 October 2016

ANAK WATAN ZON BESERI DI MATA DUNIA



Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH keada wira kita yang menggondol pingat Emas di Sukan Paralimpik di Rio, Brazil baru-baru.

Warga Beseri khasnya amat berbangga dengan kejayaan 2 orang anak jati Perlis iaitu Mohd. Ridzuan dan Abdul Latif Romli. Kejayaan Abdul Latif bin Romli dari Kg. Paya Kelubi, Bukit Keteri khasnya disambut penuh kemeriahan. Kenduri kesyukuran bagi meraikan kejayaan beliau telah diadakan di Kg. Paya Kelubi oleh Pejabat Menteri Besar Perlis dan ADUN Beseri, Datuk Mat Rawi bin Kassim.

CEGAH DENGGI DAN ZIKA

Info JKN Perlis.
6 September 2016

Nyamuk Aedes bertanggungjawab menyebarkan virus DENGGI dan virus ZIKA.

Bersama-samalah kita memastikan persekitaran kita BEBAS AEDES.

1. Kes Denggi terkini:
i). Km 2/6 Jln Abi Tok Hashim Behor Empiang, Mukim Kechor
ii). Jalan Pdg Kota Bintong Perlis, Mukim Wang Ulu
iii). Jalan Sekolah Tunjong Beseri, Mukim Beseri

2. Tiada lokaliti wabak aktif semasa.

3. Tujuh kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.   Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i). Taman Bukit Kayangan, Mukim Kechor
ii). Felda Mata Ayer, Mukim Titi Tinggi
iii). Taman Merpati, Mukim Sena
iv). Batu 2, Jalan Kaki Bukit, Mukim Sena
v). Kampung Kuala Sungai Padang, Mukim Sanglang
vi). RPA Arau, Mukim Arau
vii). Kampung Gunung Medan, Mukim Utan Aji

Mohon gerakkan penduduk untuk gotong royong membasmi nyamuk AEDES.

• Sekiranya ANDA DEMAM, DAPATKAN RAWATAN SEGERA DIKLINIK ATAU HOSPITAL bagi mengelakkan anda mendapat komplikasi demam denggi.

• Rawatan awal juga dapat mengelakkan keluarga dan jiran anda dari menjadi mangsa demam denggi yang seterusnya.

• Periksa, bersihkan atau musnahkan bekas air bertakung yang menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes dirumah anda seperti kolah mandi, baldi/timba, pelapik pasu bunga, tayar terpakai, bekas bekas terpakai seperti polisterin, bekas minuman plastik dan tin-tin.

• Pastikan anda memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air anda sekiranya anda perlu menyimpan air untuk kegunaan harian .

• Gunakan aerosol pembunuh nyamuk (contoh: ridsect, sheltox dan lain-lain) di dalam rumah anda terutama jika anda berada di kawasan kes demam denggi pada setiap hari diantara 6.00 pagi dan 8.00 pagi serta diantara  6.00 petang dan 8.00 malam.

Hapus AEDES,  Cegah DENGGI dan ZIKA!!
Bertindaklah Sekarang!!